Sunday, August 22, 2010

Solat & Manusia Pertama yang mengerjakannnya...

1. Solat fardu SUBUH
Waktunya bermula setelah terbit fajar sadiq hingga terbit matahari. Manusia yang pertama mengerjakannya ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun solat 2 rakaat
2. Solat fardhu Zuhur
Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Apabila seruan itu datang, sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.
3. Solat fardhu Asar
Waktunya dimulai setelah habis waktu zuhur iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia pertama mengerjakannya ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai pada waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. , lalu solat 4 rakaat.
4. Solat fardhu Maghrib
Waktunya bermula setelah terbenam matahari dan berakhir apabila cahaya merah hilang. Manusia yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan pada waktu itu matahari telah terbenam. Nabi Isa a.s. bersyukur, lalu solat 3 rakaat.
5. Solat fardhu Isyak
Waktunya bermula setelah hilangnya cahaya merah sampai terbit fajar. Manusia pertama yang melakukan solat ini ialah Nabi Musa a.s. Ketika itu Nabi Musa sesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan. Baginda amat berdukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu Isyak. Lalu Nabi Musa a.s. pun bersolat 4 rakaat sebagai tanda syukur.
sumber : Tabloid iluvislam

No comments:

Post a Comment